Ikan selayang
Ikan Selayang (decapterus maruadsi) atau
turut dikenali sebagai ikan curut adalah spesies ikan pelagik. Spesies
ini mendiami bahagian permukaan air. Bagi penduduk Sabah, ia di kenali
sebagai ikan basung selain memanggilnya ikan sardin.
1. Sifat:
Berbadan bulat bersisik penuh di seluruh badan dengan bentuk larus yang
memberi kelebihan kepadanya untuk bergerak bebas terutama menyelamatkan
diri dari pemangsa kecuali pukat nelayan.
Bahagian ekor terdapat sisik keras bergerigis halus berfungsi sebagai perisai.
Di bahagian batang ekor terdapat satu anak sirip di belakang sirip dorsal kedua dan satu anak sirip di belakang sirip anal .
Bahagian
bawah badannya terdapat sepasang duri sirip yang terletak di bahagian
sirip anal manakala sirip pektoralnya pendek hanya sampai ke hujung
sirip dorsal pertama saja.
Memiliki sepasang mata besar bulat dengan kornia jernih dan mencapai saiz lazim sekitar 15 - 25 sentimeter.
2.
Pemakanan: Makanan utama ialah anak ikan kecil dan plankton justeru,
tidak hairanlah ia menjadikan unjam atau payau sebagai lokasi tumpuan
mencari makan.
3. Habitat:
Ikan selayang mendiami kawasan berair cetek dengan kedalaman sekitar 80
meter dan ia bergerak secara berkumpulan dan gemar berhijrah dari suatu
tempat ke tempat lain untuk mencari makanan.
4. Kaedah
Penangkapan: Boleh ditangkap menggunakan pukat jerut, pukat tunda,
tangkul dan pancing, oleh kerana saiznya kecil serta bergerak
berkumpulan, nelayan akan menyediakan unjam atau payau yang dibuat dari
daun kepala sebagai perumah. Kumpulan ikan ini akan berlindung di situ.
Setelah
mendapati banyak ikan mendiami unjam berkenaan, bot pukat jerut akan
melabuhkan pukat sekitar unjam berkenaan sebelum ditarik perlahan keluar
dengan memastikan tali jerut bahagian bawah pukat (kajar) dijerut
kemas.
Kemudian, barulah bahagian atas pukat diangkat naik ke dalam bot
ketika inilah selayang yang terperangkap akan disauk ke dalam petak bot
yang dipenuhi ais.
Selain itu, nelayan pancing juga menggunakan unjam berkenaan juga sebagai medan memancing menggunakan teknik apollo.
5.
Nilai Ekonomi: Tidak dikategorikan dalam ikan bernilai tinggi. Harga
borongnya sekitar RM3 - RM5 sekilogram namun turun naik harga ikan ini
banyak bergantung kepada musim.
Jika menjelang musim tengkujuh,
harganya mampu mencecah sehingga RM10 sekilogram. Ia tetap mempunyai
nilai produk hiliran yang tinggi jika diproses dengan sempurna terutama
jika dijadikan serbuk isi ikan dan juga ikan masin.
6. Resipi
Pilihan: Isi ikan selayang memang tersohor dengan produk hiliran,
khususnya keropok. Isinya yang lembut dan kurang berlemak menjadikan
keropok lebih lembut, kenyal serta manis dan kembang ketika digoreng.
Di
Pantai Timur, gulai lemak kuning ikan selayang begitu digemari manakala
selayang goreng mendapat permintaan ramai khusus dimakan bersama nasi
panas.
Oleh Mat Semail
BH
No comments:
Post a Comment